MELAKA TOURISM

Wednesday, 11 October 2017

Resort Pilihan Keluarga

Taman tema air ini terbuka kepada penginapan resort mahupun orang awam dan dibuka bermula dari jam 9.00 pagi pada hari biasa dan seawal 8.00 pagi pada hujung minggu.Harga tiket masuk juga berpatutan iaitu RM 22.00 bagi tiket dewasa, RM 16.00 kanak – kanak di bawah umur 12 tahun pada hari biasa.Pada hari minggu atau cuti sekolah pula, tiket dewasa adalah RM 28.00 dan RM 20.00 untuk kanak-kanak. 
Bagi pengujung yang sukakan sedikit cabaran, apa kata kita cuba aktiviti memanah.Aktiviti memanah dan memancing yang terdapat di sini dapat membina konsentrasi dan kesabaran.Harga yang dikenakan untuk memanah amatlah berpatutan iaitu Rm10.00 untuk 12 anak panah dan RM 15.00 bagi 24 batang anak panah.Kaki pancing juga dijemput untuk mengail udang sebesar tapak tangan anda dengan harga RM 25.00 sejam dengan joran dan umpan.

Friday, 6 October 2017

MELAKA TEATER


Saksikan persembahan Teater Tun Fatimah, Srikandi Empayar Melaka yang akan dipentaskan pada 20 & 21 Oktober 2017 (Jumaat & Sabtu) bertempat di Panggung Bangsawan Melaka mulai jam 8.00 malam

Tiket boleh ditempah melalui 0166009282 (Jaja), 0176463816 (Hamime) atau melalui kaunter pejabat Perbadanan Ketua Menteri Melaka di Aras Bawah, Menara MITC, AyerKeroh Melaka mulai jam 8.30 pagi - 5.30 petang.

Wednesday, 27 September 2017

PERCUTIAN TEPI PANTAI PILIHAN RAMAI

Shah's Beach Resort dirasmikan pada 5 Disember 1971 oleh Tan Sri Khir Johari,Menteri Perdagangan dan Industri pada masa itu.Dinamakan sempena Pengasas H.M. Shah.Resort ini masih dimiliki dan diuruskan oleh keluarga beliau.Disamping Melaka Rest House, ianya tempat terawal penginapan pelancongan terawal di Melaka.
Terdapat tiga jenis bilik iaitu Deluxe (untuk 2 orang), Standard Twin (untuk 2 orang) dan Standard Triple (untuk 3 orang).Chalet deluxe berhadapan dengan kolam renang atau taman, manakala Chalet Standard yang berhadapan dengan taman yang pastinya memberi ketenangan pada tetamu