MELAKA TOURISM

Wednesday 11 October 2017

Resort Pilihan Keluarga

Taman tema air ini terbuka kepada penginapan resort mahupun orang awam dan dibuka bermula dari jam 9.00 pagi pada hari biasa dan seawal 8.00 pagi pada hujung minggu.Harga tiket masuk juga berpatutan iaitu RM 22.00 bagi tiket dewasa, RM 16.00 kanak – kanak di bawah umur 12 tahun pada hari biasa.Pada hari minggu atau cuti sekolah pula, tiket dewasa adalah RM 28.00 dan RM 20.00 untuk kanak-kanak. 
Bagi pengujung yang sukakan sedikit cabaran, apa kata kita cuba aktiviti memanah.Aktiviti memanah dan memancing yang terdapat di sini dapat membina konsentrasi dan kesabaran.Harga yang dikenakan untuk memanah amatlah berpatutan iaitu Rm10.00 untuk 12 anak panah dan RM 15.00 bagi 24 batang anak panah.Kaki pancing juga dijemput untuk mengail udang sebesar tapak tangan anda dengan harga RM 25.00 sejam dengan joran dan umpan.

No comments:

Post a Comment