MELAKA TOURISM

Friday 23 November 2012

Malam Kebudayaan Baba Nyonya (Jonker Walk-25 Nov 2012)


Malam Kebudayaan Baba Nyonya ini diadakan sempena Festival Antarabangsa Baba Nyonya Melaka 2012. 
Pelbagai acara menarik bakal dipersembahkan. Festival ini adalah anjuran Kerajaan Negeri Melaka bersama Persatuan Peranakan Cina Melaka.
Tempat: Pentas Jonker Walk
Tarikh: 25 Nov 2012 (hari Ahad)
Masa: 8.00 malam
Semua di jemput hadir...


Thursday 22 November 2012

Mini skuter tarikan baru Wonderland


Taman Tema Melaka Wonderland yang terletak di Ayer Keroh dengan jarak kira-kira 15 minit dari bandar raya Melaka terus menjadi pilihan pengunjung tempatan mahupun luar bagi meluangkan masa bersama keluarga pada waktu cuti.
Sejak beroperasi pada 15 Mei 2010, taman tema itu terus menerima ramai kunjungan pelancong sehingga mencatatkan lebih satu juta pengunjung dalam masa dua tahun.
Kawasan yang berkeluasan 12.14 hektar itu turut dilengkapi taman tema air yang memberi pengalaman menakjubkan kepada semua pengunjung termasuk kanak-kanak, remaja dan penggemar sukan lasak.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20121122/ws_01/Mini-skuter-tarikan-baru-Wonderland#ixzz2CuZmxMqc
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wednesday 21 November 2012

Porto Historia RM92 juta bakal dibina


20 Nov 2012- Kerajaan negeri kini dalam proses membangunkan Kompleks Kota Warisan Porto Historia bernilai RM92 juta di Kota Laksamana di sini dalam usaha meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri terutama di daerah Melaka Tengah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, projek pembangunan hartanah itu dibangunkan di atas tanah seluas 1.9 hektar berhadapan Sungai Melaka, melibatkan bangunan komersial tiga tingkat dengan 55 unit kedai.

Menurutnya, pembinaan Porto Historia yang dijangka siap sepenuhnya November hadapan merupakan hasil usahasama pintar antara anak syarikat kerajaan negeri iaitu Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Finance House Berhad dan First Avenue Partners (Asia) Sdn. Bhd.
"Projek ini mendapat sambutan amat menggalakkan kerana kesemua unit kedai yang bakal dibangunkan ini telah habis dijual.

Sertai Kembara Upin & Ipin di Melaka Wonderland, 1 & 2 Dis 2012

Nak berjumpa dengan Upin & Ipin.... Sertai Kembara Upin & Ipin di Melaka Wonderland pada 1 dan 2 Disember 2012. Keterangan lanjut sila hubungi 06-2313333 / 1119 & 1115 dan klik di SINI.



Friday 16 November 2012

Kawasan Tarikan Pelancong Dipantau


Dalam usaha mencapai sasaran seramai 13 juta pelancong ke Melaka menjelang hujung tahun ini, kerajaan negeri akan terus mempergiatkan pemantauan produk pelancongan terutamanya di kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Latiff Tamby Chik berkata, pemantauan yang kerap itu penting bagi menjamin tahap kebersihan, keceriaan serta keselamatan di tempat-tempat tumpuan tersebut.
Menurutnya, pemantauan berterusan seumpama itu dilihat dapat membantu pihak kerajaan negeri untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi mengatasi masalah dihadapi seterusnya menceriakan lagi kawasan-kawasan terbabit.
"Usaha menitikberatkan tahap kebersihan serta keselamatan di kawasan tumpuan pelancong ini diharap dapat membantu mencapai sasaran 13 juta pelancong ke negeri ini menjelang penghujung 2012," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20121113/ws_02/Kawasan-tarikan-dipantau#ixzz2CLZ6bEGO
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wednesday 14 November 2012

Program "Cuban National Cultural Day"@Casa Cuba, Bukit Peringgit, Melaka

Sekitar Program 'Cuban National Culture Day' yang turut dihadiri oleh Duta Republik Cuba ke Malaysia iaitu H.E Mr Ruben Perez Valdes di Casa Cuba, Bukit Peringgit, Melaka.









36 peserta Program Azam Kerja terima beca

36 peserta Program Azam Kerja terima beca


13 Nov. - Seramai 36 pengayuh beca di seluruh negeri ini yang menyertai Program Azam Kerja (Menjana Pendapatan) 2012 dipilih untuk menerima sumbangan beca daripada kerajaan negeri.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Latiff Tamby Chik berkata, sumbangan beca tersebut diserahkan secara percuma kepada kesemua peserta berkenaan yang telah tamat menyertai program teori dan praktikal selama enam bulan itu.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20121114/ws_02/36-peserta-Program-Azam-Kerja-terima-beca#ixzz2CB6ixaWL
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Salam Maal Hijrah 1434H

Warga Kerja Bahagian Promosi Pelancongan Jabatan Ketua Menteri Melaka mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1434H/2012M. Tema sambutan tahun ini adalah ''Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah", tarikh 15 November 2012, bersamaan hari Khamis.


“Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah” 
Mengambil pendekatan sederhana yang diamalkan oleh Rasulullah SAW sepertimana yang termaktub dalam Piagam Madinah yang telah dipersetujui Baginda Nabi Muhammad SAW dengan masyarakat bukan Islam. Ia menyerlahkan semangat toleransi beragama apabila orang Islam dan bukan Islam saling faham memahami, saling berkerjasama dan hidup secara harmoni. Perlembagaan Madinah mempertahankan kebebasan beragama untuk semua, keadilan kepada semua dan melindungi kaum minoriti untuk mengamalkan pegangan dan budaya mereka.


Monday 12 November 2012

Mari Bercuti Bersama Boboi Boy di Melaka Wonderland 16~18 Nov 2012


Nak berjumpa dengan Boboiboy, Yaya, Ying dan Gopal...!!!! Sertai Karnival Boboiboy di Melaka Wonderland pada 16 hingga 18 November 2012. Keterangan lanjut sila hubungi 06-2313333 / 1119 & 1115 atau klik di SINI atau Facebook

Selamat Hari Deepavali 2012

Warga kerja Bahagian Promosi Pelancongan Jabatan Ketua Menteri Melaka mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua penganut agama Hindu di Malaysia dan seantero dunia


10 Nov 2012 - Sekitar Majlis Pelancaran RTC Melaka (RTC Melaka Tekankan Agro Pelancongan)

 RTC Melaka Tekankan Agro Pelancongan
















Friday 9 November 2012

Malaysia diiktiraf penerajui homestay di ASEAN

Malaysia diiktiraf penerajui homestay di ASEAN

Malaysia kini muncul negara peneraju industri homestay di ASEAN berdasarkan kualiti serta impak yang dihasilkan produk pelancongan berkenaan dalam meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk luar bandar.
Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen berkata, selaras dengan pencapaian itu, ASEAN kini bukan sahaja mengiktiraf Malaysia sebagai negara yang patut dicontohi tetapi berminat untuk mendalami industri homestay negara.
"Berdasarkan inovasi yang kita laksanakan dalam bidang homestay ini, Malaysia kini menerajui produk pelancongan berasaskan homestay di ASEAN. Homestay kita sudah diiktiraf oleh ASEAN sebagai program yang amat berjaya," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pelancongan/20121107/pl_01/Malaysia-diiktiraf-penerajui-homestay-di-ASEAN#ixzz2BgN7IFXM
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Hutan rekreasi tarik pelancong

Hutan rekreasi tarik pelancong

R. PERUMAL (kiri) meninjau persekitaran dan kemudahan yang disediakan buat pengunjung di Taman Negeri Melaka di Hutan Simpan Kekal Bukit Sedanan, Jasin.


Kumpulan Melaka Bhd. (KMB) yang mengendalikan enam hutan rekreasi di negeri ini diingatkan melipatgandakan usaha mempromosikan lokasi berkenaan bagi menarik lebih ramai pengunjung dalam dan luar negara.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, hutan rekreasi yang terdapat di negeri ini mempunyai potensi dikembangkan sebagai salah satu produk pelancongan baru yang dilihat mampu memberikan pengalaman yang unik kepada para pengunjungnya.
Menurutnya, kerjasama dengan pelbagai agensi lain, jabatan kerajaan dan swasta merupakan langkah awal bagi menghidupkan hutan-hutan rekreasi berkenaan melalui penganjuran program perkhemahan dan kursus.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20121109/ws_01/Hutan-rekreasi-tarik-pelancong#ixzz2BgGUjXXK
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Thursday 8 November 2012

Melaka destinasi terbaik bantu promosi makanan Perlis

Melaka destinasi terbaik bantu promosi makanan Perlis




Melaka yang terkenal sebagai pusat pelancongan di negara ini dilihat destinasi paling ideal bagi usaha memperkenal dan mempromosikan makanan utara terutamanya dari Perlis.
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, Melaka disenaraikan sebagai Bandaraya Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) telah merekodkan kehadiran pelancong yang cukup tinggi setiap tahun.
Titah baginda, pelancong dari dalam mahupun luar negara yang datang ke Melaka diharap mendapat pendedahan mengenai Promosi Makanan dan Kebudayaan Perlis yang sedang dijalankan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20121107/ws_07/Melaka-destinasi-terbaik-bantu-promosi-makanan-Perlis#ixzz2BcftIh00
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kedutaan luar dipelawa anjur festival kebudayaan

Kedutaan luar dipelawa anjur festival kebudayaan


MELAKA 7 Nov. - Kerajaan negeri mempelawa negara-negara yang mempunyai pejabat kedutaan di Malaysia mengadakan minggu festival kebudayaan masing-masing di sini dalam usaha merancakkan industri pelancongan negeri.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, sehingga awal November, lebih 12.5 juta pelancong telah berkunjung ke negeri ini yang melepasi catatan pada 2011 dan jumlah tersebut dijangka meningkat menjelang hujung tahun.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20121108/ws_03/Kedutaan-luar-dipelawa-anjur-festival-kebudayaan#ixzz2BceH8pSo
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Majlis Pelancaran RTC Melaka, 10 Nov 2012



Majlis Pelancaran Rural Transformation Centre (RTC) Kuala Linggi, Melaka oleh YAB Datuk Seri Utama Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada hari Sabtu, 10 November 2012, jam 2.00 petang. 

Semua dijemput hadir.

Monday 5 November 2012

Pertandingan Memancing RTC Melaka Sempena Pelancaran RTC Melaka, Melaka 750 Tahun

Pertandingan Memancing RTC Melaka Sempena Pelancaran RTC Melaka, Melaka 750 Tahun
Tempat : Pantai Bukit Supai (Kota Kuala Linggi), Melaka
Tarikh : 10 November 2012
Masa : 8:30am - 12:30pm
Maklumat lanjut, klik di SINI.


Perlis Food Promotion Week 2012@Hotel Seri Malaysia Melaka (5 Nov ~ 11 Nov 2012)

Perlis Food Promotion Week 2012
Tempat: Hotel Seri Malaysia Melaka
Tarikh: 5~11 November 2012










Friday 2 November 2012

Melaka Destinasi 'Global Ducati TravelMap

2 Nov 2012 Melaka Hari Ini
Melaka Destinasi 'Global Ducati TravelMap
...Laluan Penunggang 'Two Wheels Tourism'...


Melaka To Draw More Singaporean Tourists

SINGAPORE: The Melaka government is set to attract more tourists from Singapore to the Unesco World Heritage City of Melaka through collaboration with the main industry players in the city state, said Melaka Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
"We are really looking forward to establishing networking and cooperation with the main industry players here in order to attract more tourists from Singapore," he said at a Melaka tourism product update event here on Thursday.      
Mohd Ali said that to sustain Melaka City's position as a must-visit destination, the state government was promoting it based on 12 sub-sector tourism products, namely history, culture, recreation, sports, shopping,convention, health, education, agro-tourism, food, Melaka My 2nd Home and youth tourism.      
Also present at the event were Tourism Malaysia Director for Singapore Zalizam Zakaria; Melaka State Secretary Datuk Wira Omar Kaseh; Melaka Tourism, Culture and Heritage Committee Chairman Datuk Wira Latiff Tamby Chik; General Manager of the Tourism Promotion Division in the Melaka Chief Minister's Department, Abd Kadir Md Idris, and local tourism industry players.      









Pengalaman Menyusuri Sungai Melaka Pada Waktu Malam Adalah Lebih Istimewa

KESERONOKAN berkunjung ke Melaka Bandaraya Bersejarah dengan keluarga sememangnya meninggalkan 1,001 kenangan terindah buat semua.
Kepelbagaian destinasi harus dilawati di negeri itu yang diisytiharkan sebagai bandar Warisan Dunia oleh Unesco pada 1 Julai 2008 bukan saja memberi peluang kepada pengunjung melihat tinggalan sejarah juga memberi pengetahuan cukup bermakna.

Selain Kota A’ Famosa, Menara Taming Sari, Taman Mini Malaysia dan Muzium Samudera, pelbagai tarikan pelancongan lain yang boleh dilawati.

Menyusuri Sungai Melaka dengan Melaka River Cruise sememangnya mempunyai pelbagai cerita yang pasti mengujakan.



Melaka River Cruise adalah perkhidmatan bot yang membawa pengunjung menyusuri Sungai Melaka dari Taman Rempah hingga ke Muara Sungai Melaka dan kembali semula ke Taman Rempah yang mengambil masa kira-kira 45 minit.

Selain di Taman Rempah, pengunjung juga boleh menaikinya di Jeti Muara Sungai Melaka iaitu di muara sungai Melaka terus ke Taman Rempah dan kembali ke Jeti Muara Sungai Melaka. Pengunjung mempunyai dua pilihan untuk menaiki Melaka River Cruise sama ada siang atau malam. Walaupun laluan yang sama, kedua-dua sesi ada kelainan dan keunikan tersendiri.

Ketika siang, pelayaran di sungai Melaka itu membawa pengunjung melalui kawasan Sungai Melaka yang indah dan menarik termasuk Bandaraya Melaka yang menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia. Pada sebelah malam pula biar pun laluannya sama, namun lebih istimewa kerana di sepanjang perjalanan, laluan di tepi Sungai Melaka dihiasi keindahan lampu pelbagai jenis dan warna.

Di samping bangunan lama yang unik di sepanjang sungai, jambatan indah yang merentasi sungai turut kelihatan. Apatah lagi Sungai Melaka adalah salah satu sungai terindah di dunia. Di setiap kawasan yang dilalui termasuk tujuh jambatan iaitu Jambatan Kampung Morten, Jambatan stesen bas ekspres lama, Jambatan Hang Tuah, Jambatan Pasar, Jambatan Kampung Jawa, Jambatan Chan Koon Cheng dan Jambatan Tan Kim Seng, mempunyai cerita serta sejarah tersendiri.

Sepanjang sembilan kilometer di kedua-dua belah tebing sungai pula adalah siar kaki yang dibina kerajaan negeri bermula dari jeti Taman Rempah hingga ke jeti Muara Sungai Melaka. Ruang siar kaki ini adalah tarikan utama bagi orang awam sebagai tempat beriadah.

Memulakan pengembaraan menaiki bot yang pastinya menyeronokkan dengan penerangan di setiap tempat yang dilalui, 200 meter di sebelah kanan dari Jeti Taman Rempah, pengunjung dapat melihat kampung Melayu yang sudah lama wujud sejak awal 1920-an iaitu Kampung Morten.

Masih mengekalkan reka bentuk tradisional, Kampung Morten yang dinamakan sempena nama Pesuruhjaya Tanah yang bertanggungjawab serta dihormati masyarakat dulu iaitu J F Morten pasti mengujakan.

Menurut sejarah tempatan, lelaki di kampung itu bekerja sebagai ‘Menadirs’ iaitu pengusaha perahu kecil yang dipanggil ‘Nadirs’ bagi tujuan mengangkut barang dari kapal dan tongkang sementara wanita pula meraut pucuk nipah untuk dijadikan rokok.

Kini, Kampung Morten dikenali Muzium Hidup apabila kerajaan negeri dan penduduk kampung berpakat untuk memelihara tradisi, cara hidup serta seni binanya yang memukau.

Selepas melepasi Kampung Morten, pengunjung bakal merentasi Jambatan Kampung Morten yang berfungsi sebagai penghubung antara kampung Morten dan Jalan Bunga Raya.

Seterusnya, di sebelah kanan Jambatan Kampung Morten adalah Villa Sentosa. Rumah itu dibina pada suku pertama pada abad ke-20 dan ditukar menjadi muzium oleh pemiliknya.

Berkunjung ke Villa itu, pengunjung boleh melihat koleksi peribadi pakaian, kerja tenunan Melayu lama, perabot dan peralatan senjata pada era itu.

Tidak jauh dari Villa Sentosa kelihatan contoh rumah Melayu Asal yang dibina mengikut reka bentuk rumah Limas pada 1922. Salah satu ciri unik rumah itu adalah pembinaannya yang tidak menggunakan paku, sebaliknya struktur rumah itu hanya menggunakan pemasangan pasak.

Puas melihat seni bina dan reka bentuk tradisional rumah lama, pengunjung boleh merentasi laluan yang dipenuhi rimbunan pokok bakau.

Ia habitat yang sesuai untuk spesies bakau dan kerajaan negeri mengambil inisiatif mengekalkan pokok berkenaan untuk menghalang hakisan di tebing sungai.

Di hujung Kampung Morten ialah pasar lama Melaka yang beroperasi sekitar 1960 hingga 1990 dan kini dipindah ke terminal, pasar dan bazar Melaka Sentral.

Di satu selekoh, pengunjung terutama kanak-kanak pasti teruja melihat Ferris Wheel dan Pirate Ship di Pirate Park Sungai Melaka iaitu taman tema yang dibina dengan anggaran kos pembiayaan sebanyak RM3.3 juta.

Dulunya, tempat itu adalah hentian bas ekspres sebelum terminal itu dipindahkan ke Melaka Sentral. Antara tarikan di situ adalah Ferris Wheel, Pirate Ship dan Trampoline Bungee.

Selepas Taman Tema, di sebelah kiri pengunjung boleh melihat panggung wayang Cathay lama yang beroperasi dari 1960 hingga 1990.



Di depan pawagam lama itu pula terdapat Dewan Hang Tuah. Dewan itu pernah digunakan sebagai dewan persidangan dan tempat mesyuarat kerajaan negeri. Kini, kawasan di sekitar Dewan Hang Tuah dibangunkan dan dikenali Hang Tuah Mall.

Jambatan yang terletak berdekatan Dewan Hang Tuah adalah Jambatan Hang Tuah dan sebaik melepasinya, di sebelah kiri adalah tapak rekreasi baru dibangunkan dengan air pancuran berirama.

Di sebelahnya pula terdapat tapak pasar terawal di Melaka dikenali sebagai Kampung Jawa. Ia beroperasi sejak 1940 hingga 1950. Ketika itu, sebanyak 50 bot nelayan berlabuh di sini setiap hari untuk membekalkan ikan untuk dijual di pasar ini.

Berdekatan Jambatan Pasar, di belakang deretan rumah kedai, pengunjung dapat melihat Masjid Kampung Hulu yang dibina pada 1728. Ia adalah masjid terawal di Melaka dan tertua di negara ini.

Pada 1892, struktur asas masjid itu diubah suai dan diperbaharui menggunakan batu bata. Seni bina masjid ini bercirikan reka bentuk hasil gabungan pengaruh China dan Kepulauan Melayu.

Selepas melepas deretan rumah kedai di situ, pengunjung berpeluang melihat Padang Nyiru iaitu titik pertemuan beberapa jalan raya seperti Lorong Hang Jebat, Jalan Laksamana, Jalan Bbunga Raya, Jalan Banda Kaba dan Jalan Kampung Jawa apabila bot mendekati Jambatan Chan Koon Cheng.

Deretan kedai yang ditukar menjadi kafe, kedai kraf dan cenderamata serta kafe berinternet untuk kemudahan pelancong dapat dilihat selepas Padang Nyiru.

Di sebelahnya pula kelihatan perkampungan baba dan nyonya yang juga terdapat banyak kedai menjual pelbagai jenis cenderamata serta barangan antik unik.

Selepas deretan kedai adalah kawasan menara jam. Ini adalah tarikan utama pelancong kerana Dutch Stadthuys ataupun bangunan merah terletak di situ.

Pengunjung boleh melawat hampir semua muzium yang terdapat di Melaka kerana ia tertumpu di dalam kawasan ini saja.

Kawasan Middleburg Bastion iaitu sebahagian daripada dinding Kubu Melaka yang dibina pada abad ke-16 dapat dilihat selepas melepasi kawasan menara jam.

Di sebelah Bastion adalah kincir air yang dibina mengikut reka bentuk asal sebuah kincir air yang terkenal di Belanda.

Bangunan di sebelah kincir air adalah sebuah Gudang lama yang dahulunya pernah digunakan sebagai tempat menyimpan barang dagangan di Jeti Parameswara.

Ia dijaga dan dijadikan tarikan pelancong dan kini dikekalkan reka bentuk asal serta menempatkan beberapa restoran dan kedai cenderamata yang dikenali sebagai Quayside.

Di hujung bangunan Quayside, terletaknya replika ‘Flora De La Mar’ iaitu kapal portugis yang tenggelam di perairan Melaka ketika perjalanan balik ke Portugal.

Selepas sampai di satu lagi jeti Melaka River Cruise iaitu Jeti Muara Sungai Melaka, bot berpatah balik ke Jeti Taman Rempah.

Jika sepanjang jalan dari Jeti Taman Rempah ada penerangan mengenai setiap laluan yang dilalui, kali ini, ia memberi peluang kepada pengunjung mengambil gambar dan menikmati keindahan malam di Sungai Melaka yang unik itu.

Bagaimanapun, bagi yang menaiki Melaka River Cruise di jeti itu, pengembaraan yang menakjubkan berakhir di situ. Justeru, bagi yang sedang merancang untuk pergi bercuti bersama keluarga pada musim cuti sekolah ini, Melaka adalah salah satu destinasinya dan menaiki Melaka River Cruise adalah satu kemestian.



INFO:

  • Pelayaran sepanjang sembilan kilometer dengan pelbagai cerita dan sejarah yang menarik.
  • Merentasi tujuh jambatan iaitu Jambatan Kampung Morten, jambatan stesyen bas ekspres lama, Jambatan Hang Tuah, Jambatan Pasar, Jambatan Kampung Jawa, Jambatan Chan Koon Cheng dan Jambatan Tan Kim Seng.
  • Melaka River Cruise pernah memenangi Anugerah Kecemerlangan Kategori Lapan Seni Bina Terbaik Pemulihan dan Pengindahan Sungai Melaka 2009 serta Anugerah Pelancongan Negeri Melaka 2008/2009.
  • Melaka River Cruise juga memenangi Anugerah Kawasan Tarikan Pelancongan Utama Melaka ‘Zoom Malaysia’ Kementerian Pelancongan Malaysia 2009 dan Anugerah Kawasan Tarikan Pelancongan Utama Melaka ‘Cuti-Cuti Malaysia’ Kementerian Pelancongan Malaysia 2010.
  • Bayaran yang dikenakan RM10 untuk dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak untuk pemegang MyKad manakala pelancong asing, RM20 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak.
  • Beroperasi dari jam 9 pagi hingga 11.30 malam.
  • Lanjut, klik SINI.